Ho ..Ho..Ho.. hem mcm nak krismas plak nie. Ha kat sini aku bukan nak cerita pasal kari BABAS ye.. tapi aku nak war-warkan kepada pembaca semua berkenaan jualan CELCOM baru nie. Aku happy la tengok iklan CELCOM baru ni.. nampaknya ada peluang la nak tukar phone baru tahun baru ni! yey!




Yang bestnya CELCOM bagi pelanggannya 1 token bagi setiap RM10 pengunaan dan token - token tu semua boleh dikumpul bagi dapatkan diskaun untuk pembelian handphone yang tersenarai.. handphone pun semuanya buat gua gigit jari beb!


Aku tulis sikit-sikit sudah..Untuk keterangan lanjut boleh pergi ke link http://www.churpchurp.com/BINTANGLUV/share/celcom-greatsale. 

Cayalah !   CELCOM MEMANG OHSEM!

Cerita Pasal DOKTOR

Salam semua, hari ni baru aku nak menulis. Setelah mendapat demam lebih dari tiga hari.

Aku nak cerita pasal seorang doktor.. klinik doktor ni panel office aku. So kalau nak minta ubat MC ke aku memang suka pilih Klinik ni. (nama klinik biar dirahsiakan). Sebab doktor perempuan, tiap -tiap kali datang pun mesra je boleh bawa borak-borak. Tapi selalunya aku datang tak adalah sakit teruk sangat, minta MC yang lebih.

So nak dijadikan cerita, hari kedua aku demam aku pun pegi la klinik dia nak berubat & amik surat MC sekali. Ok la, aku dapat ubat selesema + Ubat batuk + dan Antibiotik + MC. keesokkan hari aku rasa demam aku tak sembuh pun lepas makan ubatan dia tu.. so aku datang sekali lagi ke klinik beliau. Masa aku masuk bukan main happy borak- borak dengan pembantu dia. mengumpat siapa la agaknya. Malas la aku nak peduli.

Lepas aku enter je ke bilik rawatan aku tengok muka dia semacam je masam. tak de senyum2 dah. aku pun pelik. Salah ke aku datang balik klinik die ni. Tak bagi ubat pun tak pe lah sebab ubat yang dia bagi semalam tu pun tak habis makan lagi. Aku datang tu pun sebab nak minta tambah cuti sakit je.

Pastu die dah bt muka sombong pulak dengan kasar tanya aku nak check darah ke, hello. aku dah la sakit - sakit ni nak marah-marah pulak. Aku pun ok la, check la darah. Dia pun ambik sampel darah aku pastu minta alamat rumah semua. Tapi yang tak best tu minta dengan suara tinggi. Macam  ni ke Doktor? kalau orang sakit jantung dah lama mati tersentap kut. Bengang aku.

Tapi sudahnya result sample darah tu tak tau apa cerita, dia kata nak call semalam, tak ada pun. apa punya doktor la macam tu. Maybe dia fikir aku nak cakap ubat yang dia bagi tu tak best kut, tu yang dia awal2 lagi dah tersentap...

Whatever la.. aku pun dah malas nak tengok muka Doktor yang tak ikhlas macam tu. Aku rasa muka dia tu cam hipokrit sangat!.. Lepas ni aku tak nak dah datang klinik dia biar dia mampos terus!

aku BETUL..

Salam- salam...hmm..hm..sakit tekak ni. Menjerit punya pasal! Hari ISNIN.. boring..biasalah Monday Blues.. hehe. sekarang dah rilek skit lepas belek-belek FB & bertwitt dengan member-member.

Tapi bengang tak hilang lagi ni. Hari ni dua insiden yang menyakitkan hati. Pantang betul la kalau ada orang yang suka buat kepala sendiri. Dah la makan gaji sama je dengan aku, buat kerja macam company tuh bapak dia punya. Yang jadi mangsa aku juga, tak pasal-pasal dapat publisiti murahan - tu pun sebab gossip yang tak seberapa nak panas.

Aku memang terkenal dengan mulut lezer. Kalau ada yang tak kena dengan kepala aku  memang akan dapat bebelan free dalam satu nafas. Budak - budak kat office pun kalau boleh "mute"kan mulut aku dah lama dah diorang buat.

Tapi aku  pun tak faham, ada juga manusia yang 2-3 kali cakap pun masih nak buat ikut suka hati. Amboi, ini sudah lebih. Cakap dengan orang pun macam dah hebat sangat. Aku pun satu gak la.. memang ego banyak.. haha. Pantang aku orang banyak menjawab  ni.. tak dapat pangkat B***h aku bagi pangkat S**L dll.

Kekadang tu sampai melampau jugak la aku memarahi orang, sebab tu orang balas balik. (Padan muka aku!)  tapi yang tensionnya tu melawan sebab nak tegakkan benang basah! mahu aku tak hangin!

Tapi memang la... ada jugak tahap kesabaran manusia ni.. kekadang tu aku bengang yang amat sangat sampai habis dah kata-kata. last sekali keluar airmata la jugak.. haha tu kelemahan wanita kan..bukan sebab aku dah kalah lawan mulut..hehe (tetap nak betul)..

So tadi endingnya, jalan laju-laju sampai kereta, tutup pintu dan menjerit sekuat rasa! haha. aku rasa kalau ada orang di sekitar kawasan boleh terkejut beruk jugak la... Biasa la kan, bawa kereta Malaysia je, so tak berapa nak kalis suara..

Anyway, selalunya Bad Day aku akan berlalu begitu saja, esok dah tak ingat dah.. kalau teringat pun cepat-cepat cakap dalam hati.. "....Jangan buat camtu..tak baik..".

Salam- salam...kalau nak tau sejak kebelakangan ni aku memang suka sangat dengan kucing, actually masa kecil dulu pun family aku ada bela kucing (kucing kampung je, yang tak makan friskies punya). Tapi aku tak la meroyan sangat dengan kucing-kucing tu, Bukan cam adik- adik aku yang nangis kalau tengok  mak aku bantai kucing tu semua lepas curi makan kat dapur..

So nak dijadikan cerita, maybe umur pun dah tua sekarang ni. Lebih kurang kesepian/ kesunyian la kot. Tambah plak hari- hari aku buat benda sama je (BANGUN + MANDI + KERJA + LUNCH + BALIK + FB + TWITTER + TIDUR) so baru teringat nak bela kucing pulak. At least boleh di ajak bermain-main.. ye tak?

Ni kitten adik aku, Tengok dia menguap comel giler!





Tengok Kucing ni boleh share towel dengan adik aku lagi..... P/S aku rasa kalau aku bela tak boleh sampai tahap ni kut... uhm..uhm..TIDAK

Mata pun tak buka habis lagi ni. Sayang kucing ni duk jauh sangat kat Sabah nun...so tak sempat lagi aku nak kiss-kiss sayang kat dia



Ha.. tengok adik-adik.... kecik-kecik pun dah pandai jeling ni...




Tu la dia, berita -berita gembira (kelahiran baby kucing ni la...) membuatkan aku makin berkobar - kobar je nak bela kucing buat peneman.. huhu..

Aku dah plan dah pun, dapat Bonus hujung tahun ni nak beli sepasang anak Kuching. Dah Usha dah, mahal nak mampos jugak la. Konon aku nak bela Excotic shorthair macam kat bawah ni. Tapi kosnya boleh tahan mahal juga (RM700 seekor)
So kepada sesiapa yang ada membela jenis kucing yang serupa ini, yang memang nak jual kucing boleh la contact aku. Kalau dapat lagi murah pun best jugak. Andai kata ada yang nak bagi FREE ADOPTION lagi dialu-alukan.. heheh

Korang semua pun doa-doa la sekali untuk aku supaya rezeki berlebih sedikit agar dapat aku memelihara makhluk Allah ini kelak... Amin

Seronok Bertwitter!

Lamanya tak update blog ni..tak ada idea sekarang. Lagipun hujung -hujung tahun macam ni lagi banyak kerja kat Office yang tak settle2 lagi. Dah nak masuk tahun baru nih!! Adeh.. KPI yg lama pun tak tercapai lagi nih..Tension, serabut,.. rambut pun serabai cam pontianak congkak dah ni.. rajin2 nanti aku update la.. bosan..aku layan FB & Twitter dulu!

All cute kitten..






Mandi-manda kat Sg. Sendat

Dear all,
Pada 18 oktober lalu aku pergi mandi manda kat Sg. Sandat. Banyak orang x tau tempat ni. Tapi boleh tahan best sebab aku pun puas hati la mandi kat sini. Tempat ni kat batang kali. Korang nak tau macamana dia punya best korang kena lah datang sendiri ye..

Ada banyak tempat untuk anda buat BBQ.

Kalau pegi kat levell atas lagi best sebab airnya lebih dalam..

Ni area kat dalam2 sikit. permandangan yang cantik & sesuai untuk tenangkan fikiran..

Ada tempat persalinan & mandi yang selesa dan tempat letak kereta pun mudah!

Satu lagi spot yang aku suka.

Air sungai yang sangat jernih!

Banyak family yang rehat - rehat kat sini..

Ini view kat level terbawah sekali, kat sini lebih banyak batu berbanding level kat atas

Memang seronok kalau pergi bersama kelurga atau rakan2

Bosan Malam Minggu..

Adeh bosan sungguh malam minggu.. kalau dulu2 boleh lepak2 ngan member, sekarang member2 pon sibuk jaga anak.. huhu... sian kat aku duk la sorang2 layan drama TV3. Best juga layang "Berdosakah Aku". Cerita pun penuh dengan moral yang boleh jadi pengajaran.

Walaupun aku tak suka sangat tengok drama tapi sekali -sekala layan juga drama melayu. Lagi - lagi drama - drama keinsafan nih. Dah la tengok sorang -sorang boleh leleh airmata beb!

Wokey. hari ni nak tido awal sebab esok nak pi mandi sungai dengan ahli-ahli family baru dalam  jabatan. Untuk mengeratkan lagi silaturahim katakan..

Salam.

Mempermain atau dipermainkan? jawap2!

Hah pilih bahasa mana kau suka, aku pilih dua2! tapi biarlah kita mempermainkan bila dah rasa dipermainkan. Geram juga ni bila fikir2. mana satu pilihan kalbu? cewah. Kekadang rasa tercabar pun ada juga. Bila kita buat ikhlas orang buat tak tau je.. bila kita buat tak tau kita kena balik pulak.. aiyooo..macam mana?

Pernah tak korang rasa apa yang aku rasa ni? bila rasa kita baik kita rasa dipermainkan, bila rasa kita jahat, kita rasa memperminkan orang pulak. kekadang bila minda berputar tatkala itu baru nak buat pertimbangan samada perbuatan yang kita lakukan tu betul ke tidak.Orang kata bila ikut hati mati, bila ikut rasa binasa. Tetapi rasa juga yang kita selalu pilih kan? yela selalunya judgement yang kita buat adalah berpandukan rasa. kalau tak kenapa selalu bila nak buat keputusan mesti mulakan .."aku rasa.." tak pula kita mula dengan ayat .."pada fikiran aku..." . Memang tak dinafikan memang ada yang akan keluarkan ayat ni.. tetapi JARANG2...

So berbalik pada kata2 MEMPERMAINKAN atau DIPERMAINKAN ni tadi, pernah tak korang rasa yang korang mempermainkan orang? mestilah tak.. manusia mana nak mengaku dirinya jahat.. paling tidak pun mesti kata   "Dia yang mempermainkan aku..."..ceh. Lu pikir la sendiri!

Kata ni pun lebih kurang juga kalau korang pernah dengar kata2 PERASAN atau DIPERASANKAN. hah yang ni mungkin lebih tepat. sebab ada orang tu kadang2 malu2 tapi mahu..tak berani nak cakap konon takut perasan.. habis dia dah buat ko  perasan tak kan ko tak berperasaan pulak..

Sebab tu disini perlunya minda. Bila hati kata dah suka kena gunakan minda, fikir semula kata2 orang tu bermaksud apa? takutlah kita yang TERPERASAN pulak.. bab ni tak boleh la salahkan orang lain, pun tak boleh salahkan diri sendiri sebab "TER" means tak sengaja iye?..

Apa2 lah.. aku tengah cuba menguna minda ni walau kadang2 hati aku lagi kuat membuat keputusan!

Salam.

Aku dah tahu banyak manusia sekitarku yang selalu mengutuk dan membenci. Haha. kekadang seronok tengok manusia - manusia ini merasa benci & meluat tengok aku. Itupun bila aku rasa diorg ni perasan bagus. Aku tak cakap la diri aku bagus dari orang lain cuma aku tak suka menilai orang lain secara negatif.

Setiap kali aku berfikiran negatif terhadap orang aku akan cuba sedaya upaya mencari sebab-sebab kenapa manusia-manusia ni berperangai pelik (yang aku tak suka sebenarnya). Orang kata orang tak sekepala dengan kita selalu dikategorikan sebagai orang yang tidak baik. So kalau macam ni korang bagus sangat lah?

Watever. Aku tak suka gosip-gosip yang diceritakan tanpa bukti. Memang aku suka bergosip pun. Aku kan GOSSIP GIRL! haha. tetapi janganlah cerita yang korang sebar-sebarkan tu tak mempunyai bukti yang membolehkannya disebar-sebarkan. Kekadang tu ada yang bercerita sampai biut2 muka (tu bahasa sabah ya). Bahasa lain aku tak tau. :)

Kalau kategori orang macam ni la yang dikategorikan sebagai perasan bagus..(ko ingat cerita bersungguh2-sungguh tentang keburukan orang lain, perangai ko cantik sangat ke?) Tak kisahlah orang nak cakap apa pasal aku, aku ada tanggungjawab  nak buat. Tak tau la kalau korang ni spesis2 orang yang tak faham (atau bodoh) atau tak pernah mengerti tanggungjawab orang lain . ( So kalau begitu, sah lah korang ni spesis selfish)huhu~~.

Watever.. aku buat apa yang aku rasa baik untuk aku dan orang lain.. sesiapa yang still rasa aku ni jahat.. memang aku jahat kut.. tapi hati aku baik.. tu pun kalau orang baik kat aku la..

Bak kata pepatah.. buat baik dibalas baik, buat jahat,meh aku padankan muka ko!..

menyampah mak!

Baru nak berblog-er..

baru lepas belek-belek beberapa blog. Baru nak pikir nak wat blog apa..tak apa la janji ada blog dulu.. nanti item apa2 aku taruk la suka hati aku.. korang siapa yang  terselak blog aku ni terima kasih la sebab sudi jenguk2. (jgn lupa tinggalkan komen2 membina sikit jgn bagi aku down)..hehe..

Salam untuk semua blogger kat luar sana yang dah pengalaman makan tahun..kalau ada yang tak sedap dibaca & ditengok tegur-tegur je jangan terus saman plak. Saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan..

Salam.

Gambar aku dgn P.Ramlee.. Klasik tak?

ni gua

lu x kenal wa.. wa pun x kenal lu..

Lailapunya. Powered by Blogger.

Jangan Lupa Klik. Terima kasih sudi jenguk Blog saya!

About this blog

Kawan Blogger

Followers

UNTUK HALWA TELINGA - TAK SUKA BOLEH MUTE!