Mempermain atau dipermainkan? jawap2!
Hah pilih bahasa mana kau suka, aku pilih dua2! tapi biarlah kita mempermainkan bila dah rasa dipermainkan. Geram juga ni bila fikir2. mana satu pilihan kalbu? cewah. Kekadang rasa tercabar pun ada juga. Bila kita buat ikhlas orang buat tak tau je.. bila kita buat tak tau kita kena balik pulak.. aiyooo..macam mana?
Pernah tak korang rasa apa yang aku rasa ni? bila rasa kita baik kita rasa dipermainkan, bila rasa kita jahat, kita rasa memperminkan orang pulak. kekadang bila minda berputar tatkala itu baru nak buat pertimbangan samada perbuatan yang kita lakukan tu betul ke tidak.Orang kata bila ikut hati mati, bila ikut rasa binasa. Tetapi rasa juga yang kita selalu pilih kan? yela selalunya judgement yang kita buat adalah berpandukan rasa. kalau tak kenapa selalu bila nak buat keputusan mesti mulakan .."aku rasa.." tak pula kita mula dengan ayat .."pada fikiran aku..." . Memang tak dinafikan memang ada yang akan keluarkan ayat ni.. tetapi JARANG2...
So berbalik pada kata2 MEMPERMAINKAN atau DIPERMAINKAN ni tadi, pernah tak korang rasa yang korang mempermainkan orang? mestilah tak.. manusia mana nak mengaku dirinya jahat.. paling tidak pun mesti kata "Dia yang mempermainkan aku..."..ceh. Lu pikir la sendiri!
Kata ni pun lebih kurang juga kalau korang pernah dengar kata2 PERASAN atau DIPERASANKAN. hah yang ni mungkin lebih tepat. sebab ada orang tu kadang2 malu2 tapi mahu..tak berani nak cakap konon takut perasan.. habis dia dah buat ko perasan tak kan ko tak berperasaan pulak..
Sebab tu disini perlunya minda. Bila hati kata dah suka kena gunakan minda, fikir semula kata2 orang tu bermaksud apa? takutlah kita yang TERPERASAN pulak.. bab ni tak boleh la salahkan orang lain, pun tak boleh salahkan diri sendiri sebab "TER" means tak sengaja iye?..
Apa2 lah.. aku tengah cuba menguna minda ni walau kadang2 hati aku lagi kuat membuat keputusan!
Salam.
Lailapunya. Powered by Blogger.
0 Komen:
Post a Comment