Salam- salam...hmm..hm..sakit tekak ni. Menjerit punya pasal! Hari ISNIN.. boring..biasalah Monday Blues.. hehe. sekarang dah rilek skit lepas belek-belek FB & bertwitt dengan member-member.
Tapi bengang tak hilang lagi ni. Hari ni dua insiden yang menyakitkan hati. Pantang betul la kalau ada orang yang suka buat kepala sendiri. Dah la makan gaji sama je dengan aku, buat kerja macam company tuh bapak dia punya. Yang jadi mangsa aku juga, tak pasal-pasal dapat publisiti murahan - tu pun sebab gossip yang tak seberapa nak panas.
Aku memang terkenal dengan mulut lezer. Kalau ada yang tak kena dengan kepala aku memang akan dapat bebelan free dalam satu nafas. Budak - budak kat office pun kalau boleh "mute"kan mulut aku dah lama dah diorang buat.
Tapi aku pun tak faham, ada juga manusia yang 2-3 kali cakap pun masih nak buat ikut suka hati. Amboi, ini sudah lebih. Cakap dengan orang pun macam dah hebat sangat. Aku pun satu gak la.. memang ego banyak.. haha. Pantang aku orang banyak menjawab ni.. tak dapat pangkat B***h aku bagi pangkat S**L dll.
Kekadang tu sampai melampau jugak la aku memarahi orang, sebab tu orang balas balik. (Padan muka aku!) tapi yang tensionnya tu melawan sebab nak tegakkan benang basah! mahu aku tak hangin!
Tapi memang la... ada jugak tahap kesabaran manusia ni.. kekadang tu aku bengang yang amat sangat sampai habis dah kata-kata. last sekali keluar airmata la jugak.. haha tu kelemahan wanita kan..bukan sebab aku dah kalah lawan mulut..hehe (tetap nak betul)..
So tadi endingnya, jalan laju-laju sampai kereta, tutup pintu dan menjerit sekuat rasa! haha. aku rasa kalau ada orang di sekitar kawasan boleh terkejut beruk jugak la... Biasa la kan, bawa kereta Malaysia je, so tak berapa nak kalis suara..
Anyway, selalunya Bad Day aku akan berlalu begitu saja, esok dah tak ingat dah.. kalau teringat pun cepat-cepat cakap dalam hati.. "....Jangan buat camtu..tak baik..".
Lailapunya. Powered by Blogger.
2 Komen:
sabar je la ngn org2 macam tu kan..kadang2 bila kita slalu marah, org ckp kita ni pemarah, tp xkan kita nk marah kalau dorg xwat salah pulak..
Betul.. tidak syak lagi!
Post a Comment