Mandi-manda kat Sg. Sendat

Dear all,
Pada 18 oktober lalu aku pergi mandi manda kat Sg. Sandat. Banyak orang x tau tempat ni. Tapi boleh tahan best sebab aku pun puas hati la mandi kat sini. Tempat ni kat batang kali. Korang nak tau macamana dia punya best korang kena lah datang sendiri ye..

Ada banyak tempat untuk anda buat BBQ.

Kalau pegi kat levell atas lagi best sebab airnya lebih dalam..

Ni area kat dalam2 sikit. permandangan yang cantik & sesuai untuk tenangkan fikiran..

Ada tempat persalinan & mandi yang selesa dan tempat letak kereta pun mudah!

Satu lagi spot yang aku suka.

Air sungai yang sangat jernih!

Banyak family yang rehat - rehat kat sini..

Ini view kat level terbawah sekali, kat sini lebih banyak batu berbanding level kat atas

Memang seronok kalau pergi bersama kelurga atau rakan2

Bosan Malam Minggu..

Adeh bosan sungguh malam minggu.. kalau dulu2 boleh lepak2 ngan member, sekarang member2 pon sibuk jaga anak.. huhu... sian kat aku duk la sorang2 layan drama TV3. Best juga layang "Berdosakah Aku". Cerita pun penuh dengan moral yang boleh jadi pengajaran.

Walaupun aku tak suka sangat tengok drama tapi sekali -sekala layan juga drama melayu. Lagi - lagi drama - drama keinsafan nih. Dah la tengok sorang -sorang boleh leleh airmata beb!

Wokey. hari ni nak tido awal sebab esok nak pi mandi sungai dengan ahli-ahli family baru dalam  jabatan. Untuk mengeratkan lagi silaturahim katakan..

Salam.

Mempermain atau dipermainkan? jawap2!

Hah pilih bahasa mana kau suka, aku pilih dua2! tapi biarlah kita mempermainkan bila dah rasa dipermainkan. Geram juga ni bila fikir2. mana satu pilihan kalbu? cewah. Kekadang rasa tercabar pun ada juga. Bila kita buat ikhlas orang buat tak tau je.. bila kita buat tak tau kita kena balik pulak.. aiyooo..macam mana?

Pernah tak korang rasa apa yang aku rasa ni? bila rasa kita baik kita rasa dipermainkan, bila rasa kita jahat, kita rasa memperminkan orang pulak. kekadang bila minda berputar tatkala itu baru nak buat pertimbangan samada perbuatan yang kita lakukan tu betul ke tidak.Orang kata bila ikut hati mati, bila ikut rasa binasa. Tetapi rasa juga yang kita selalu pilih kan? yela selalunya judgement yang kita buat adalah berpandukan rasa. kalau tak kenapa selalu bila nak buat keputusan mesti mulakan .."aku rasa.." tak pula kita mula dengan ayat .."pada fikiran aku..." . Memang tak dinafikan memang ada yang akan keluarkan ayat ni.. tetapi JARANG2...

So berbalik pada kata2 MEMPERMAINKAN atau DIPERMAINKAN ni tadi, pernah tak korang rasa yang korang mempermainkan orang? mestilah tak.. manusia mana nak mengaku dirinya jahat.. paling tidak pun mesti kata   "Dia yang mempermainkan aku..."..ceh. Lu pikir la sendiri!

Kata ni pun lebih kurang juga kalau korang pernah dengar kata2 PERASAN atau DIPERASANKAN. hah yang ni mungkin lebih tepat. sebab ada orang tu kadang2 malu2 tapi mahu..tak berani nak cakap konon takut perasan.. habis dia dah buat ko  perasan tak kan ko tak berperasaan pulak..

Sebab tu disini perlunya minda. Bila hati kata dah suka kena gunakan minda, fikir semula kata2 orang tu bermaksud apa? takutlah kita yang TERPERASAN pulak.. bab ni tak boleh la salahkan orang lain, pun tak boleh salahkan diri sendiri sebab "TER" means tak sengaja iye?..

Apa2 lah.. aku tengah cuba menguna minda ni walau kadang2 hati aku lagi kuat membuat keputusan!

Salam.

Aku dah tahu banyak manusia sekitarku yang selalu mengutuk dan membenci. Haha. kekadang seronok tengok manusia - manusia ini merasa benci & meluat tengok aku. Itupun bila aku rasa diorg ni perasan bagus. Aku tak cakap la diri aku bagus dari orang lain cuma aku tak suka menilai orang lain secara negatif.

Setiap kali aku berfikiran negatif terhadap orang aku akan cuba sedaya upaya mencari sebab-sebab kenapa manusia-manusia ni berperangai pelik (yang aku tak suka sebenarnya). Orang kata orang tak sekepala dengan kita selalu dikategorikan sebagai orang yang tidak baik. So kalau macam ni korang bagus sangat lah?

Watever. Aku tak suka gosip-gosip yang diceritakan tanpa bukti. Memang aku suka bergosip pun. Aku kan GOSSIP GIRL! haha. tetapi janganlah cerita yang korang sebar-sebarkan tu tak mempunyai bukti yang membolehkannya disebar-sebarkan. Kekadang tu ada yang bercerita sampai biut2 muka (tu bahasa sabah ya). Bahasa lain aku tak tau. :)

Kalau kategori orang macam ni la yang dikategorikan sebagai perasan bagus..(ko ingat cerita bersungguh2-sungguh tentang keburukan orang lain, perangai ko cantik sangat ke?) Tak kisahlah orang nak cakap apa pasal aku, aku ada tanggungjawab  nak buat. Tak tau la kalau korang ni spesis2 orang yang tak faham (atau bodoh) atau tak pernah mengerti tanggungjawab orang lain . ( So kalau begitu, sah lah korang ni spesis selfish)huhu~~.

Watever.. aku buat apa yang aku rasa baik untuk aku dan orang lain.. sesiapa yang still rasa aku ni jahat.. memang aku jahat kut.. tapi hati aku baik.. tu pun kalau orang baik kat aku la..

Bak kata pepatah.. buat baik dibalas baik, buat jahat,meh aku padankan muka ko!..

menyampah mak!

Baru nak berblog-er..

baru lepas belek-belek beberapa blog. Baru nak pikir nak wat blog apa..tak apa la janji ada blog dulu.. nanti item apa2 aku taruk la suka hati aku.. korang siapa yang  terselak blog aku ni terima kasih la sebab sudi jenguk2. (jgn lupa tinggalkan komen2 membina sikit jgn bagi aku down)..hehe..

Salam untuk semua blogger kat luar sana yang dah pengalaman makan tahun..kalau ada yang tak sedap dibaca & ditengok tegur-tegur je jangan terus saman plak. Saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan..

Salam.

Gambar aku dgn P.Ramlee.. Klasik tak?

ni gua

lu x kenal wa.. wa pun x kenal lu..

Lailapunya. Powered by Blogger.

Jangan Lupa Klik. Terima kasih sudi jenguk Blog saya!

About this blog

Kawan Blogger

Followers

UNTUK HALWA TELINGA - TAK SUKA BOLEH MUTE!