Kahwin?

Baru dua hari ni aku add kawan lam dalam fb, terkejut!

Minah ni dah cun gile!. Sekarang dah duk JB kawin orang sane beranak dua buka salon. Wah.. meriahnya hidup.. masa sekolah dulu masih kesat2 hingus je lagi.. comot! Sekarang aku terkedu tengok dia.. hari-hari tengok pic die.. comelnya..kenapa la aku tak menjadi cam die ek?...nasib kan?

Tahun ni masuk umur aku 31 tsahun.. tua dah.. tapi belum ada apa2 lagi nak dibangggakan. mak aku dah bising2 suh kawin.. camne lah kan.. belum ada jodoh lagi...sabar je la..tu yang aku malas nak balik kampung.. soalan sama je nak tanya.. aduiyay..penat!

Bukan memilih pun, tapi kalau nanti menyusahkan juga nak buat apa kawin kan? tanggung diri sendiri pun tak lepas mana lah mampu nak tanggung orang lain plak..biar la aku tanggung mak bapak je..senang hati..

Tak apa lah, tuhan kan jadikan manusia berpasang-pasangan, kalau ada jodoh tu kawin la mak oi...

Ade sesiapa nak kawin dengan aku? hahaha.. promote diri sendiri! malu la..

P/S : kalau nak buat majlis kawin ade hati nak buat pelamin cam Umie Aida.. cantik!

Tukar Theme

Hai..


Tengok , aku da tukar theme. Sebab aku punya theme sebelum ni tak cantik. So ni memandai download ntah dari page mana tadi aku dah lupa. Tapi boleh tahan la. Ada la color sikit berbanding dulu.. keh..keh.

Ni semua sebab jeles tengok blog orang yang cun habis. Ye aku bukan budak IT yang pandai nak kodek-kodek HTML. So jalan paling simple supaya aku pun rajin nak membuka blog aku ni adalah mendownload. So sekarang aku tengah gelakkan diri sendiri sebab tak reti nak mengedit theme baru ni.. hahaha padan muka aku.

Btwy, at least aku cuba kan  daripada orang lain yang masih x ada blog.. hihi.. wokey wa out. mo releks kejap suda sakit kepala..

P/S : jangan kutuk orang baru belajar :P

Salam Jumaat,

lama x update blog ni.. aku  tak tau nak tulis apa. Idea dah mati sebab tak banyak aktiviti best semenjak dua menjak ni. Semua bosan. Duk pukul kerja habis- habisan. Ha tajuk entri aku hari ni berkenaan dengan line internet aku. Untuk pengetahuan korang aku ni pelanggan P1Max. Unntuk area rumah aku ni memang besh la, Laju gila doh!... haha..aku siap pakai pakej RM99 lagi..

Tapi semenjak - dua menjak ni aku rasa membazir plak nak bayar bil bulan-bulan sebab tak pakai selalu pun. Ada pun aku berFB & layan twitter yang aku x berapa sangat nak update status.

Tapi at -least aku leh dapat banyak info. aku masih lagi tengah fikir ni nak sambung ke tak tapi kontrak aku ada 5 bulan lagi!!! waaa...

Lailapunya. Powered by Blogger.

Jangan Lupa Klik. Terima kasih sudi jenguk Blog saya!

About this blog

Kawan Blogger

Followers

UNTUK HALWA TELINGA - TAK SUKA BOLEH MUTE!