Hari yang Bengang!

Salam all,
Dah lamanya tak update blog. Tapi tetiba rasa nak update sebab hari ni baru bagi satu presentation pasal Blogger. Wakakak.. kelakar.. cam le aku expert sangat pasal blog.. wat evar.. jangan Teacher aku datang jenguk dah.. Blog aku yang tak berapa nak berwajah ni kan.

So hari ni nak dijadikan cerita, aku memang BENGANG GILA sebab dapat sms (acctually KAWAN tersalah hantar) yang penting, KAWAN tu bolehlah dianggap rapat kat office.

Yang tak boleh tahan tu boleh cakap aku STUPID dalam sms tu. Maybe dia memang tengah mengutuk aku kut... memang jahanam punya kawan. Tapi aku dengan selambanya reply "Hello u send kat I lah". Pastu boleh merayu2 minta maaf pulak.

Sorrylah KAWAN.. aku dah tak berminat dah nak kawan dengan kau. Wat Evar..kalau kau tu bagus sangat kau patut duduk lebih tinggi dengan aku..Tapi nampaknya kita pun sama level je..and last time I checked, you only got S.A.P for your SPM (tu pun dia yang mention dalam resume ye kawan-kawan)..ceh..tak hebat mana pun..

so moral of the story, janganlah kita rendah-rendahkan orang lain kalau diri sendiri tak perfect!

P/S: Bengang betul.. berazam nak menjahanamkan KAWAN tu!

Dear all,
Lets pray for Japan..lets pray for world...

Hey alls, baru - baru ni aku pergi melawat PDK kat Sg. Buloh. Saja-saja nak hiburkan budak-budak OKU. Semoga kehidupan mendapat rahmat Allah swt kerana mengembirakan orang lain kan?



Aktiviti kitaorang buat sekitar pusat je. memandangkan jumlah OKU pun tak ramai sangat. Pusat ni actually pusat latihan dan pembelajaran dorang. Semua OKU yang terlibat datang ditemani oleh ahli keluarga masing - masing.
Happy sangat tengok diorang happy walaupun diaorang dapat hadiah yang tak seberapa, yang penting ikhlas...kan?..kan?

Memang best sebab OKU & Family diaorang sporting habis!
Aku bersama geng- geng office yang prihatian. Thanks to kak Yati yang bawa kitaorang datang!
Bagus juga aktiviti macam ni, boleh menambahkan pengetahuan & mengeratkan kasih sayang dikalangan ahli keluarga OKU ni. Harap-harap diorang tetap tabah & sabar mengharungi hari- hari seterusnya..

Pusat - pusat jagaan OKU macam ni sememangnya memerlukan banyak bantuan termasuk peralatan & kewangan. So kalau boleh support untuk penajaan pun bagus & amat dialu-alukan.

P/S : Buat baik dibalas baik.. Amin..

Mendaki Broga Hill!

Salam semua,

Lama aku tak mengupdate blog... hehe terasa tiada idea memanjang..Ni aku nak sharekan gambar-gambar aku semasa mendaki bukiti Broga baru - baru ni.. Best gile. Ingatkan aku tak lepas, rupanya aku berjaya juga menamatkan explorasi kali ni. Tu pun sebab nak sangat ambil gambar kat buaian Angkasawan kita.. hahah..

Selepas sampai puncak semua orang gembira! ni gambar nak turun dah..

Walaupun tak cukup prop, aku tetap nak juga gambar atas buaian ni.. hahaha berjaya akhirnya..

Ni gambar kawan-kawan turun dari puncak..

Dah sampai puncak.. semua letih..



Aku bersama orang kuat explorasi.. A.Joe (Yellow cap) perancang semua ni..


NI gambar kat Check point 1. belum sampai puncak lagi..Nak sampai takat ni pun rasa nak surrender...

Ni nak sampai puncak dah..kena panjat batu-batu besar

Wajah-wajah gembira dah sampai puncak!

Gambar ni diambil dari puncak bukit Broga, yang kat hujung nun check point ke-2. time ni semua orang nak turun dah

View dari check point ke-2, yang hujung nun adalah check point pertama. Time sampai kat sana aku dah terbaring, pusing belakang . Aduiyaya! ada lagi nak daki! aku dah nak terpengsan..

View dari check point ke-2..cantik!

Pun gambar dari check point ke-2, gambar aku & friend..

Ha tu..kat belakang adalah  puncah bukit Broga.. ok la bagi beginer cam aku... hehehe

View dari check point pertama, yg atas tu check point ke-2




View dari puncak Bukit Broga...hrrmmm aku rasa nak pergi lagi..



 So guys, tu je la yang aku nak sharekan kali ni.. apa-apa cerita pada hari mendatang insyaalah akan aku kongsikan...

Bye!














Kahwin?

Baru dua hari ni aku add kawan lam dalam fb, terkejut!

Minah ni dah cun gile!. Sekarang dah duk JB kawin orang sane beranak dua buka salon. Wah.. meriahnya hidup.. masa sekolah dulu masih kesat2 hingus je lagi.. comot! Sekarang aku terkedu tengok dia.. hari-hari tengok pic die.. comelnya..kenapa la aku tak menjadi cam die ek?...nasib kan?

Tahun ni masuk umur aku 31 tsahun.. tua dah.. tapi belum ada apa2 lagi nak dibangggakan. mak aku dah bising2 suh kawin.. camne lah kan.. belum ada jodoh lagi...sabar je la..tu yang aku malas nak balik kampung.. soalan sama je nak tanya.. aduiyay..penat!

Bukan memilih pun, tapi kalau nanti menyusahkan juga nak buat apa kawin kan? tanggung diri sendiri pun tak lepas mana lah mampu nak tanggung orang lain plak..biar la aku tanggung mak bapak je..senang hati..

Tak apa lah, tuhan kan jadikan manusia berpasang-pasangan, kalau ada jodoh tu kawin la mak oi...

Ade sesiapa nak kawin dengan aku? hahaha.. promote diri sendiri! malu la..

P/S : kalau nak buat majlis kawin ade hati nak buat pelamin cam Umie Aida.. cantik!

Tukar Theme

Hai..


Tengok , aku da tukar theme. Sebab aku punya theme sebelum ni tak cantik. So ni memandai download ntah dari page mana tadi aku dah lupa. Tapi boleh tahan la. Ada la color sikit berbanding dulu.. keh..keh.

Ni semua sebab jeles tengok blog orang yang cun habis. Ye aku bukan budak IT yang pandai nak kodek-kodek HTML. So jalan paling simple supaya aku pun rajin nak membuka blog aku ni adalah mendownload. So sekarang aku tengah gelakkan diri sendiri sebab tak reti nak mengedit theme baru ni.. hahaha padan muka aku.

Btwy, at least aku cuba kan  daripada orang lain yang masih x ada blog.. hihi.. wokey wa out. mo releks kejap suda sakit kepala..

P/S : jangan kutuk orang baru belajar :P

Salam Jumaat,

lama x update blog ni.. aku  tak tau nak tulis apa. Idea dah mati sebab tak banyak aktiviti best semenjak dua menjak ni. Semua bosan. Duk pukul kerja habis- habisan. Ha tajuk entri aku hari ni berkenaan dengan line internet aku. Untuk pengetahuan korang aku ni pelanggan P1Max. Unntuk area rumah aku ni memang besh la, Laju gila doh!... haha..aku siap pakai pakej RM99 lagi..

Tapi semenjak - dua menjak ni aku rasa membazir plak nak bayar bil bulan-bulan sebab tak pakai selalu pun. Ada pun aku berFB & layan twitter yang aku x berapa sangat nak update status.

Tapi at -least aku leh dapat banyak info. aku masih lagi tengah fikir ni nak sambung ke tak tapi kontrak aku ada 5 bulan lagi!!! waaa...

Lailapunya. Powered by Blogger.

Jangan Lupa Klik. Terima kasih sudi jenguk Blog saya!

About this blog

Kawan Blogger

Followers

UNTUK HALWA TELINGA - TAK SUKA BOLEH MUTE!